• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Lampin Pakai Buang, Meninggal Usia 94 Tahun

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENCIPTA pertama produk lampin pakai buang, Valeri Hunter-Gordon disahkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Hunter-Gordon yang merupakan ibu kepada enam cahaya mata meninggal dunia Ahad lalu, di rumah kediamannya yang terletak di Beauty, Inverness-shire, Scotland.

Menurut laporan BBC News, Hunter-Gordon mencipta lampin pakai buang pada tahun 1947 setelah melahirkan anak ketiganya.

Idea mencipta lampin pakai buang itu dikatakan datang selepas dia sudah bosan selalu membasuh kain lampin tradisional.

Ketika itu, Hunter-Gordon yang berusia 24 tahun mendapati tiada sesiapa yang pernah mencipta lampin pakai buang tersebut.

Pencipta Lampin Pakai Buang, Meninggal Usia 94 Tahun

Pencipta Lampin Pakai Buang, Meninggal Usia 94 Tahun

Teruja dengan hal itu, isteri kepada pegawai tentera ini menghasilkan prototaip pertama dengan menggunakan mesin jahit jenis Singer.

Difahamkan, lampin pakai buang pertama yang direkanya diperbuat daripada bahan nilon payung terjun, tisu kapas dan bulu kapas.

Ciptaan produknya itu sekali gus turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan kaum ibu di Kolej Kakitangan Tentera di Surrey.

Setelah itu, Hunter-Gordon tidak berputus asa dengan pelbagai pengubahsuaian sebelum menemui rekaan serta kapas yang sesuai dan sempurna.

Pencipta Lampin Pakai Buang, Meninggal Usia 94 Tahun

Dia kemudian menamakan produknya itu sebagai Paddi selepas suaminya, Patrick yang berpangkat Mejar mengadakan mesyuarat dengan sekumpulan pegawai kanan askar.

Bagaimanapun, pada tahun 1960, produk Paddi mengalami kemerosotan setelan kemunculan Pampers dan lampin serba guna yang banyak di pasaran. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BBC News

Tags: LAMPIN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd