• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei, V Shem/Wee Kiong Ke Suku Akhir

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong cemerlang menghadapi lawan masing-masing sebelum mara ke peringkat suku akhir Terbuka Denmark pada Khamis.

Pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi waktu Malaysia, Chong Wei mengambil masa 40 minit untuk menewaskan pemain India, H.S Prannoy dengan 21-10, dan 22-20 di Odense Sports Park.

Menanti jaguh badminton negara itu di pusingan seterusnya adalah Brice Leverdez dari Perancis yang mengalahkan pemain perseorangan dari Taiwan Chou Tien Chen 21-19 dan 21-17.

Chong Wei pernah menjuarai Terbuka Denmark pada 2005, 2006 dan 2012.

Sementara itu, V Shem dan Wee Kiong mengambil masa 46 minit untuk menundukkan lawan mereka Marcus Ellis/Chris Langridge dari England dengan 21-18, dan 21-17.

Mereka akan menentang beregu China, Li Junhui/Liu Yuchen yang mudah mengetepikan Kim Astrup/Anders Ska Rasmussen dari Denmark, 21-10, 21-19 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Bagaimanapun pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei tersingkir selepas tewas kepada beregu pilihan ke-13 kejohanan, Stefani Stoeva dan Gabriela Stoeva dari Bulgaria, 13-21 dan 19-21. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd