• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Kata Hitam Itu Tak Cantik, Ini Buktinya…

oleh AK-47
21/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HITAM-HITAM setampuk manis, biarpun hitam dipandang manis.

Itulah perumpamaan yang sering diungkapkan untuk menggambarkan tentang keistimewaan individu yang memiliki kulit gelap atau hitam.

Khoudia Diop berasal dari Senegal, sebuah negara di benua Afrika, mencetuskan fenomena tersendiri apabila viral menerusi laman sosial kerana memiliki kulit hitam yang unik dan berkilat.

Siapa Kata Hitam Itu Tak Cantik, Ini Buktinya...

Siapa Kata Hitam Itu Tak Cantik, Ini Buktinya...

Kemunculan Diop dalam arena peragaan sekali gus menepis dakwaan bahawa model yang berkulit putih sahaja konon diklasifikasi sebagai cantik dan menawan.

Diop mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk sebuah kempen dan fotonya yang dirakamkan oleh seorang jurugambar didedahkan kepada tatapan umum.

Disebabkan warna kulitnya yang berbeza daripada wanita kulit hitam yang lain, Diop menjadi topik hangat netizen yang memujinya memiliki kecantikan semula jadi.

Siapa Kata Hitam Itu Tak Cantik, Ini Buktinya...

Keunikan yang dimiliki membolehkan dirinya berdiri sebaris dengan model-model antarabangsa yang memiliki warna kulit jauh lebih cerah darinya.

Meskipun pernah dikeji dan dibuli suatu ketika dahulu kerana warna kulit berbeza namun dia tidak ambil peduli segala cemuhan yang dilemparkan sebaliknya percaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khoudia DiopKulit hitam
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Kanada Edar Wang Tampil Wanita Kulit Hitam Pertama

13/11/2018
0

TORONTO - Minggu depan, Kanada akan mengedarkan wang kertas $10 menampilkan wajah seorang wanita kulit hitam yang mencabar langkah pengasingan...

Mesin Cecair Sabun Pun Ada Juga Sifat Rasis?

01/09/2017
0

WASHINGTON DC - Pernahkah anda mendengar mesin cecair sabun yang bersifat perkauman? Mungkin lucu tetapi itulah yang sudah berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd