• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Pertikaian Atau Kami Ambil Mereka

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan jika hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kecewa dengan perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, berkata: “Jika keadaan luar kawalan, kami akan campur tangan.

“Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu.

“Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya.”

Ibu bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta bayi perempuan tujuh bulan mereka, Nur Annisa Firuza maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), pada 2 Mei tahun lalu.

Menurut Rohani, beberapa hari selepas kemalangan itu, anggota keluarga dua beradik itu sepakat menyerahkan hak penjagaan kepada seorang anggota keluarga namun kini mereka pula bertelagah mendapatkan hak penjagaan.

“Pada masa itu, mereka memberi jaminan kepada kami. Ketika itu, saya amat gembira kerana ahli keluarga sepakat menjaga dua beradik itu dan JKM mahu hak penjagaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat.

“Kini, apa yang berlaku amat mengecewakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pembangunan Wanita dan Keluarga di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan laporan lengkap berhubung keadaan dua beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu,” katanya

Dua beradik itu kini dijaga Yusnidah Hussain, 48, kakak Allahyarham Fairuz Niza yang mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Namun, berlaku pertikaian berkaitan wang sumbangan orang ramai antara Yusnidah dengan adik beradiknya menyebabkan masalah itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: anak yatimDUKEJKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd