• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aaron Aziz Bawa Keluarga Tunai Umrah, November Depan

oleh AK-47
21/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH saban hari berkerja, pelakon terkenal Aaron Aziz bakal berehat seketika untuk membawa isteri dan tiga cahaya matanya ke tanah suci untuk menunaikan umrah, pada November depan.

Walaupun ini adalah kunjungannya yang ketiga ke Tanah Suci, namun Aaron akui nyata lebih teruja kali ini kerana disertai oleh anak-anaknya iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9; dan Dahlia Arissa, 5.

 “Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami.

“Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, suami kepada Diyana Halik ini menafikan kerjaya seninya semakin suram.

Sebaliknya, Aaron mendakwa baharu sahaja menamatkan penggambaran drama untuk sebuah saluran televisyen di Singapura.

“Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran.

“Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.

Tags: aaron aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

25/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof, 39, menjelaskan keputusan menggugurkan Datuk Aaron Aziz daripada senarai pelakon...

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

22/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd