• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMMD: TPM Zahid Beri Komitmen Penuh

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan komitmen penuh untuk menangani masalah dadah di Asia Tenggara.

Beliau menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah (AMMD) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di sini semalam selepas melakukan lawatan sehari di Johor.

Singapura menjadi hos mesyuarat itu yang berlangsung dua hari dan berakhir hari ini.

Dipengerusikan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang, K. Shanmugam, mesyuarat itu mengumpulkan pemimpin ASEAN untuk bersama-sama berbincang dan bersatu untuk bertindak balas mengatasi masalah dadah serantau.

Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah itu merupakan satu daripada program yang telah dipersetujui di bawah Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016–2025.

Ia akan membentangkan pendekatan yang menyeluruh dan seimbang untuk merealisasikan ASEAN Bebas Dadah.

Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean merasmikan edisi kelima mesyuarat itu.

Sebelum majlis perasmian itu, Ahmad Zahid membuat kunjungan hormat ke atas Teo. – BERNAMA

Tags: kes dadahZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd