• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Qayyum Nak Birthday Tema Ultraman

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

 MASIHKAH anda ingat dengan kisah adik Muhammad Hafiq Qayyum Abdullah yang pernah disiarkan Mynewshub Mac lalu?

Baru-baru ini, doktor yang merawat adik Qayyum mengesahkan penyakit kanser darah atau Leukimia AML M7 yang dihidapi adik Qayyum sudah berada di peringkat tidak dapat diselamatkan memandangkan sel kansernya sudah merebak di seluruh badannya.

Permintaan Terakhir, Qayyum Nak Parti Hari Jadi Tema Ultraman
Wajah ceria adik Qayyum selepas menjalani pembedahan sum-sum tulang, April lalu

Sebelum ini, pada April lalu, selepas menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang diperolehi daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi; 9, pada April, Qayyum ada menunjukkan reaksi positif bila mana dia semakin aktif bergerak selain perjalanan aliran darahnya juga sudah semakin baik daripada sebelum ini.

Namun, semuanya berubah baru-baru ini apabila doktor mengesahkan sel kansernya kembali aktif dan merebak sehingga menyebabkaan Qayyum sudah berada di tahap yang sudah tidak dapat dirawat.

Doktor juga memaklumkan penyakit Qayyum tidak mempunyai harapan besar untuk sembuh dan kini kanak-kanak comel ini sudah pun dibawa pulang ke rumah untuk menikmati hari-hari mendatang.

Menurut ibunya, Siti Norhasimah Uprejar; 29, selepas tiga bulan menjalani pembedahan, penyakit anaknya kembali menyerang bermula dengan jangkitan kuman di paru-paru.

Keadaan Qayyum selepas sel kanser kembali menyerang.
Keadaan Qayyum selepas sel kanser kembali menyerang.
Permintaan Terakhir, Qayyum Nak Parti Hari Jadi Tema Ultraman
Ibu Qayyum, Siti Norhasimah Uprejar.

“Bawa ke hospital, doktor cakap ada jangkitan kuman dekat paru-paru. Lepas tu buat ultrasound, doktor periksa tengok ada lendir kat bawah perut dia, jumpa semua pakar itu bukan lendir biasa, itu nanah. 

“Lepas tu doktor cakap hasil ujian itu, sakit yang Qayyum mengadu sakit tu rupa-rupanya sel-sel kanser dia datang balik.

“Sekarang kami cuba rawatan kampung pula la, berusaha ke arah tu je la sekarang ini. Kami dah jumpa ustaz, buat solat hajat.

“Doktor cakap kat saya, bawalah Qayyum kat hospital mana, negara mana pun, memang dah tiada rawatan untuk Qayyum,” katanya lagi.

Menurut Hasimah, Qayyum kini menggemari hidangan nasi putih berlaukkan udang goreng dan baginya, dia cuba untuk memenuhi permintaan anak bongsunya itu selagi mampu.

“Dia suka makan nasi putih dengan udang goreng, saya akan cuba usahakan apa yang dia nak, kita langgar je pantang dia sekarang, kita pantang pun datang juga dia punya sakit. Apa yang dia nak sekarang, kita bagi je,” ujarnya lagi.

Permintaan Terakhir, Qayyum Nak Parti Hari Jadi Tema Ultraman
Wajah terbaru adik Qayyum.

Qayyum ada menyampaikan impiannya untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir bertemakan watak adiwira kegemarannya, Ultraman namun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan wang memandangkan bapa Qayyum baharu sahaja diberhentikan kerja oleh majikannya.

Permintaan Terakhir, Qayyum Nak Parti Hari Jadi Tema Ultraman
Bapa Qayyum, Abdullah Ashaari.

“Suami saya diberhentikan kerja kerana sering mengambil cuti untuk menghantar Qayyum ke hospital sebelum ini dan sekarang dia bekerja sebagai nelayan, turun ke laut.

“Qayyum ada cakap dia nak sambut hari jadi lagi walaupun hari lahir dia baru je disambut 27 September lalu, dia nak buat majlis hari jadi bertemakan Ultraman, dia memang obses dengan Ultraman, tengoklah dulu Ajak Shiro pun ada datang pakai kostum Ultraman,” ujarnya yang berharap impian anaknya itu dapat ditunai dalam masa terdekat.

hafiq-syiro
Ajak Shiro pernah menziarahi adik Qayyum.
Permintaan Terakhir, Qayyum Nak Parti Hari Jadi Tema Ultraman
Hari jadi Qayyum yang disambut September lalu.

Qayyum sebelum ini menerima rawatan di Wad KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia tiga tahun ini merupakan anak bongsu kepada pasangan Abdullah Ashaari dan Siti Norhasimah Uprejar.

Qayyum mempunyai dua abang, Muhammad Fakrul Fahmi; 9, dan Muhammad Hairul Aiman; 7.

Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada adik Hafiq, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanserPenyakitprihatin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd