• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Cabar Penganjur Bersih 5.0 Berdebat

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Pengukuhan Perpaduan Rakyat Pulau Pinang hari ini mencabar penganjur Perhimpunan Bersih 5.0 untuk berdebat secara terbuka bagi memberi penerangan lebih jelas kepada rakyat.

Penasihat persatuan itu yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Leong Yong Kong berkata sesi debat itu merupakan jalan terbaik untuk memberitahu rakyat apa yang cuba diketengahkan melalui perhimpunan Bersih 5.0.

“Kita lihat, perhimpunan ini tidak akan membawa kepada kemajuan negara sebaliknya sekiranya diteruskan, akan berlaku pergaduhan kerana perbezaan pendapat yang dibawa oleh fahaman masing-masing.

“Saya harap pihak penganjur menerima cabaran untuk berdebat dan mereka boleh memilih tempat, tarikh, masa dan siapa yang akan berdebat. Saya dan Pengerusi Persatuan, Peter Chew akan menyertai debat,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, hari ini.

Leong berkata sekiranya dipersetujui mereka berharap debat dapat dibuat dalam Bahasa Cina kerana mereka ingin memberi tumpuan yang lebih kepada masyarakat Cina yang dilihat paling ramai menyertai perhimpunan itu.

“Kalau boleh debat dalam Bahasa Cina lagi baik kerana kita mahu masyarakat Cina sedar tentang keburukan perhimpunan ini tetapi kalau dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain pun kita setuju,” katanya.

Tambah Leong, sokongan terhadap Bersih 5.0 dilihat tidak mendapat sambutan hangat berbanding empat siri perhimpunan yang terdahulu atas sebab kesedaran yang telah diperoleh oleh rakyat.

“Sokongan tidak sehebat dahulu mungkin rakyat sudah sedar. Kita tidak mahu pihak penganjur untuk terus menipu rakyat, jadi marilah kita bersatu hati dan tidak menyokong dan tidak menyertai perhimpunan ini,” katanya.

Perhimpunan Bersih 5.0 dijangka akan diadakan pada 19 Nov ini. – BERNAMA

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd