• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Ini Viral

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU rakaman video yang dikongsi menerusi laman Facebook Metafora Anafora memaparkan seorang lelaki yang dikatakan memiliki raut wajah iras pelakon dan pelawak tanah air iaitu Johan Raja Lawak.

Individu berkenaan merupakan seorang penjual jus buah-buahan dikenali sebagai Awie berdasarkan nama yang tertera pada banner yang terdapat di belakangnya.

Jika dilihat sekali imbas, memang wajah Awie saling tidak tumpah macam Johan. Malah senyumannya juga seakan-akan sama.

Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Buah Ini Viral

Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Buah Ini Viral

Video yang tersebar itu dirakam oleh seorang wanita yang kebetulan berhenti untuk singgah di gerai milik Awie untuk membeli jus buah-buahannya.

Menerusi video itu, pelanggan wanita tersebut sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Awie sama ada dia mempunyai pertalian persaudaraan dengan pelawak tersebut.

Namun Awie menjawab bahawa mereka tiada sebarang pertalian persaudaraan tetapi mengiyakan dia adalah salah seorang daripada peminat Johan.

“Abang memang tak ada saudara dengan Johan ke?,” tanya wanita tersebut.

“Oi takde. Kalau peminat Johan aku cakap yer… Ai yer pulak,” balas Awie sambil ketawa.

Menurut seorang pengguna Facebook iaitu Rahimah Mohd Yusof, kelibat Awie sering dilihatnya menjual air di sekitar tapak pasar malam Taman Sri Manja dan Taman Medan.

Manakala Ziana Ana pula berkata,”Apa tak kenalnya jual jus buah-buahan kat pasar malam.”

Video itu telah ditonton lebih 8.5 ribu pengguna Facebook sejak dimuat naik semalam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: irasjohan raja lawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johan Beli Mesin Video, Ozlynn Rasa Nak Penerajang

10/08/2018
0

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked mengundang kemarahan isterinya, Ozlynn. Menerusi perkongsian...

Ozlynn Sah Hamil, Bakal Timang Anak Kelima

27/12/2017
0

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ozlynn dan suaminya, Johan kerana bakal menimang cahaya mata yang ke-lima tidak lama lagi selepas disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd