• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 ‘Geng Hairul Manjoi’ Terbabit Curi Motosikal Ditahan

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebelas remaja ‘Geng Hairul Manjoi’ ditahan kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal dalam beberapa tangkapan di sekitar Ipoh, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kumpulan itu yang terdiri daripada remaja berumur 15 hingga 18 tahun yang tidak bersekolah dan dipercayai aktif sejak awal tahun ini.

Katanya semasa operasi, pihaknya turut merampas 14 motosikal, kerangka dan komponen motosikal yang dipercayai dicuri kumpulan berkenaan di kawasan pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini.

“Modus operandi kumpulan berkenaan ialah mencuri motosikal yang tidak memasang kunci pendua atau kunci tambahan dengan menggunakan peralatan mencuri seperti pemutar skru, sepana dan pelbagai kunci pendua.

“Hasil siasatan mendapati motosikal yang dicuri di bawah 250cc serta berkuasa rendah itu ada di antaranya telah dihapuskan nombor casis dan ia dicuri untuk kegunaan kumpulan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.

Sum berkata susulan penahanan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes curi motosikal di sekitar Ipoh.

Beliau berkata kesemua remaja terbabit yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau kini ditahan reman selama lapan hari sehingga Jumaat ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd