• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Staf SAJ Diserang ‘Pendekar Gemuk’ Kulai

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video memaparkan dua lelaki ‘gempal’ tidak berbaju memukul seorang individu dipercayai kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) kini tersebar secara meluas di laman sosial.

Laman Facebook JB Traffic, Road Block & Potholes Report yang memuat naik video berkenaan menyatakan, insiden itu berlaku di Kampung Melayu, Kulai, Johor.

Insiden difahamkan berpunca apabila kedua individu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

“Aku cakap engkau pasang, aku cakap kau pasang je la kan senang,” ujar suspek di dalam video.

Kedua-dua pemuda itu kemudian bertindak ganas memukul mangsa yang tidak melawan dan salah seorangnya menendang ke arahnya.

Suspek kemudian menuju kearah seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, memintanya untuk tidak merekodkan kejadian sebelum rakaman berdurasi 15 saat itu ditamatkan.

Difahamkan, suspek turut menggunakan cangkul sebagai senjata untuk menggugut mangsa namun video kejadian tidak sempat dirakam.

kahkah1-768x355

Laman FB JB Traffic, Road Block & Potholes Report turut mendakwa kontraktor berkenaan sebelum ini telah banyak memberi muka kepada suspek.

Mangsa difahamkan sudah tiga kali mengelak daripada menanggalkan meter air rumah suspek dan turut mengingatkan mereka agar menjelaskan bil yang tertunggak, sebelum pihak SAJ mengambil tindakan.

Namun kali ini, lain pula ‘hadiah’ yang diterimanya diatas jasa baik yang dilakukan.

gemok3

Seorang pengguna Facebook, Nazi Syah menyatakan: “Kesian mereka, nama pun tugas, memang tu la tugasnya, ditengah-tengah hari panas demi sesuap rezeki yang halal untuk dibawa pulang ke anak bini..😔apapun tahniah selamat ke dalam.”

Sementara itu, Mariana berkata: “Pasal meter pun nak bertumbuk terajang bagai…dah sedap guna air tak bayar…memang patut pun kene potong! Macam manusia tak bertamadun…kesian abang yang jadi mangsa keadaan tu.”

Dalam pada itu Khairul Anuar Alias turut memuat naik komen:” Buat malu bil air tak bayar.. lagi ko blasah orang tengah jalankn tugas. Gengster mane tu tak pakai baju kalau kene rotan badan tu sakit tak. Yang lain pulak tunjuk hebat daa.. buat malu la melayu.”

Sumber polis memberitahu Mynewshub, aduan mengenai insiden tersebut telah dilakukan dan Polis kini sudah membuka kertas siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: airkes gaduhkes pukul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd