• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sazali Akan Hantar Rayuan Kedua Kepada PBBM

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh bina badan negara, Sazali Samad bakal mengemukakan rayuan kedua kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) bagi mengurangkan tempoh penggantungan daripada empat tahun kepada dua tahun.

Juara Mr Universe 10 kali itu digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept tahun lepas.

Sazali melalui Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan surat sokongan kepada PBBM pada Mac tahun ini.

Peguam Sazali, Mohd Norasmawi Norani berkata rayuan kedua ini akan mendapat sokongan penuh penaung Akademi Sazali Samad, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi dan Penasihat akademi, Tan Sri Ismail Omar.

“Kami juga akan cuba mendapatkan sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam rayuan kedua yang akan diserahkan kepada PBBM nanti dengan harapan tempoh hukuman dapat dipendekkan kepada satu tahun lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Norasmawi berkata rayuan pertama adalah mengikut prosedur yang betul seperti yang ditetapkan oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA).

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dipanggil untuk memberi hujahan rayuan dan anggota Lembaga Rayuan PBBM tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak seperti yang ditetapkan WADA.

Sazali, 49, berharap supaya hukuman berjaya dipendekkan untuk membolehkan beliau terlibat semula secara langsung dalam sukan bina badan, katanya. – BERNAMA

Tags: Sazali Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Sazali Mahu Rujuk Kes Ke CAS Perkara Sia-Sia

29/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan Sazali Samad yang bercadang untuk merujuk kes...

Sazali Terpaksa Tunggu Sehingga 2019

28/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa menunggu sehingga 2019 sebelum kembali semula ke pentas antarabangsa selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd