• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Yakin Mampu Bawa Pulang Piala Malaysia Ke Kedah

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin skuad Lang Merah mampu membawa pulang piala keagungan bola sepak Malaysia pada pertemuan final Piala Malaysia dengan Selangor, 30 Okt ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata walaupun Selangor mempunyai pengalaman yang luas selain memperoleh kelebihan apabila bermain di tempat sendiri, ia tidak menghalang Kedah daripaqda menampilkan persembahan terbaik pada malam perlawanan nanti.

“Selangor sudah 33 kali memenangi Piala Malaysia berbanding Kedah dengan hanya empat kemenangan, namun bukan mudah untuk Selangor mengalahkan Kedah kerana semangat juang yang tinggi yang dipegang oleh setiap pemain.

“Ini merupakan peluang Kedah untuk membalas dendam selepas kalah kepada Selangor pada final tahun lepas. Saya yakin barisan Kedah mampu membawa pulang piala ke negeri Jelapang Padi tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kad-i Debit Bank Islam Visa Kedah FA Lang Merah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar semua pemain tidak terlalu yakin dan bermain sambil lewa kerana Selangor bukan calang-calang pasukan.

Tahun lepas, Selangor muncul juara buat kali ke-33 selepas menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, bagi menjadikan rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada pentas final seimbang, selepas Kedah menewaskan Gergasi Merah 3-2 pada 2008.

Sementara itu, Aminuddin berkata ganjaran wang tunai bakal menanti pasukan Lang Merah sekiranya mereka berjaya membawa pulang piala.

“Buat masa ini belum ditetapkan lagi jumlah ganjaran yang bakal diterima pemain tetapi apa yang pasti seperti kebiasaan kerajaan negeri dan KFA akan menyediakan ganjaran.

“Saya harap pemain dapat memberi fokus semasa perlawanan nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd