• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Peduli Dikecam, Azizan Terus Beri Motivasi

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS hampir tiga minggu pendedahan mengenai kelayakan akademik pakar motivasi, Azizan Osman, sehingga kini tiada penjelasan sebenar daripada empunya badan.

Sebaliknya, kecaman dan kritikan itu dilihat tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan ceramah kepada yang sudah mendaftarkan diri dalam program dikelolakannya.

Pemerhatian Mynewshub di laman Facebooknya mendapati pelbagai aktiviti dikongsikan termasuk program ceramah di sekitar ibu negara selain daripada kata-kata perangsang untuk menjadi lebih baik.

Azizan dalam laman Facebooknya juga turut berkongsi tips untuk berniaga secara dalam talian dan pelbagai tips perniagaan yang lain kepada pengikutnya.

“Hasil yang kita dapat hari ini ialah hasil semalam. Banyak atau sedikit rezeki, kita harus bersyukur,” tulisnya dalam Facebook.

September lalu, tiga universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menafikan menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD yang membawa gelaran Doktor kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Azizan bagaimanapun mengeluarkan kenyataan melalui syarikatnya dengan mengakui telah memenuhi syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen akan berlangsung dalam masa terdekat selain memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Pengakuan itu tidak berhenti di situ, apabila netizen di dalam dan luar negara terus menjalankan siasatan dan mendapati Universiti Gordon yang dinyatakan Azizan adalah tidak wujud manakala University of Herfordshire menafikan menganugerahkan PhD kepada individu yang bernama Azizan Osman dan tidak terdapat nama berkenaan dalam rekod pencarian institusi itu.

Netizen di laman sosial juga kembali ‘sunyi’ apabila Azizan sehingga kini seolah-olah berdiam diri dan membiarkan persoalan mengenai akademiknya ‘hilang’ dengan sendirinya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: akademikDr. Azizan Osman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azizan Osman Sumbang 30 Mesin Pernafasan Kepada YKN

05/02/2021
0

PUTRAJAYA - Bekas pesakit COVID-19 yang juga seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman, menyumbangkan 30 unit mesin pernafasan Airvo...

Azizan Osman Hampir Maut, 31 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

29/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman pada Khamis mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd