• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Bantuan PPIM Bagi Peminjam ‘Ah Long’ Bermasalah

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta peminjam yang mempunyai masalah dengan syarikat pinjaman wang atau dengan ‘Ah Long’ supaya mendapatkan bantuan pihaknya bagi memantau pembayaran balik pinjaman.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya akan memberikan bantuan dengan memantau pembayaran balik pinjaman setiap bulan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman wang untuk mengelakkan mereka daripada dieksploitasi dan ditipu.

“Pinjaman wang ini boleh mengenakan faedah paling tinggi sebanyak 18 peratus sahaja… kalau dibiarkan, mereka akan mengenakan caj sesuka hati mereka kerana ada dalam kalangan mereka memang suka menipu orang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Nadzim berkata pihaknya telah menerima lebih 10,000 aduan berhubung masalah mangsa yang berhutang dengan Ah Long sejak empat tahun lepas.

Justeru, beliau meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil tindakan tegas dengan penubuhan pasukan khas untuk mengawasi lebih 4,000 syarikat pinjaman wang yang terdapat di seluruh negara daripada mengeksploitasi peminjam wang.

Beliau turut menasihati individu yang terdesak untuk membuat pinjaman dengan ‘Ah Long’ supaya menyimpan rekod dan membawa saksi ketika melakukan setiap transaksi dan tandatangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Ini kerana terdapat kes melibatkan akaun milik peminjam yang ditahan oleh pemberi pinjaman digunakan untuk transaksi pemindahan pengubahan wang haram tanpa pengetahuan pemilik akaun sehingga didakwa di mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ah LongPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd