• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Harap Dr. Fauziah Teruskan Perjuangan

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), Dr. Fauziah Mohd. Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Palestin.

Perkara itu disampaikan ketika beliau menerima kunjungan hormat Dr. Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.

Turut hadir pada kunjungan itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya. Dr Hafidzi Mohd. Noor.

Dr. Fauziah kemudiannya memberitahu pemberita bahawa dalam pertemuan itu, perdana menteri turut menyatakan sokongan terhadap usaha membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

“Perdana menteri pernah sampai ke Gaza dan isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau,” katanya.

Dr. Fauziah turut melahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana memberikan sokongan terhadapnya dan keluarga beliau ketika beliau ditawan tentera Zionis.

Beliau ditahan tentera Israel bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki kapal Zaytouna-Oliva menuju Gaza pada 5 Oktober lepas.

Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Sementara itu Dr Fauziah berkata Freedom Flotilla Coalition mahu Malaysia mengambil peranan menjalankan misi bantuan ke Gaza pada masa depan.

“Mereka mengetahui bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia memberi sokongan yang amat kuat kepada misi bantuan kepada rakyat Palestin dan mahu kita menganjurkan misi kemanusiaan yang akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr FauziahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd