• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Kad Untuk Semua Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dengan hanya satu kad yang diperlukan, anda boleh menggunakan semua perkhidmatan bas dan rel di Lembah Klang, dan meletakkan kenderaan di hampir 4,000 lokasi di stesen transit.

Dua terminal bersepadu turut akan memudahkan perjalanan tanpa perlu mengharungi kesesakan lalu lintas.

Ia merupakan antara perkara yang dalam dilihat pengguna pengangkutan awam dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin, sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) akan diperkenalkan pada 2018.

ICPS merupakan sistem tiket bersepadu yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertujuan untuk membolehkan perjalanan membabitkan kesemua rangkaian bas, rel, metro dan monorel dengan menggunakan satu kad pintar.

Menurut maklumat di laman web SPAD, pengguna yang menggunakan ICPS dapat menjimatkan wang, terutama diskaun istimewa yang akan diberikan kepada produk tertentu, yang bersesuaian dengan kumpulan pengguna pengangkutan masing-masing.

Suruhanjaya itu menjangkakan anggaran sejuta penumpang menggunakan ICPS setiap hari pada tahun pertama ia beroperasi.

Laporan itu turut memberitahu bahawa sebanyak 3,955 lokasi tempat letak kereta akan disediakan menjelang 2019 bagi memudahkan akses pengguna bagi perkhidmatan rel.

“Kira-kira 30 stesen ‘Park-n-Ride’ akan diwujudkan di sekitar bandar raya yang tertumpu di kawasan kepadatan tinggi menjelang 2019,” menurut laporan tersebut.

Kerajaan juga bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.

Kedua-dua terminal ini akan menghubungkan rangkaian bas dan rel.

Pembinaan TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. – mStar Online

Tags: Pengangkutan AwamSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd