• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Campak Ular: APM Luah Dukacita

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan murid yang digunakan mereka bagi menyiasat sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP) selepas satu video berkaitan latihan menggunakan modul itu menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Video itu mengundang amarah ‘netizen’ kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan dan difahamkan kejadian berlaku di Kuala Kangsar.

Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd. Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.

Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.

“€œJadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.

“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, antara tujuan program berkenaan dilakukan adalah untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan, pematuhan arahan dan lain-lain seperti yang dipohon.

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kelihatan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam air berselut yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan itu selain turut di siram air dan disergah supaya memberanikan diri menghadapi ujian yang diberikan itu.

Kelihatan ada antara mereka yang panik, ketakutan dan menangis. – myMetro Online

Tags: APMpelajarular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd