• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Tidak Bimbang Ke Taman Negara Teluk Bahang

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK BAHANG – Pelancong dan pengembara tetap mengunjungi Taman Negara Teluk Bahang di sini walaupun terdapat amaran mengenai air pasang besar.

Daniel Han, 23, berkata beliau dan rakannya mengetahui mengenai fenomena air pasang besar namun beranggapan airnya berada pada paras tinggi hanya pada masa-masa tertentu.

“Ini bukan pertama kali negara ini alami fenomena air pasang besar. Jika kita merancang kunjungan dengan baik, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Pemilik bot Mohd Nizam Zakaria, 27, berkata pelancong masih menyewa botnya untuk pergi ke pantai Monyet dan Kerachut di sini.

“Hanya air yang pasang tinggi, tapi ombaknya tidak tinggi. Angin pula hanya kuat pada waktu malam. Jadi perkhidmatan bot pada waktu siang tidak terjejas,” katanya.

Didapati aktiviti parasailing, menaiki bot pisang dan jet ski masih rancak di Pantai Monyet dan di sekitar pantai di belakang hotel di Batu Ferringhi.

Penduduk telah diberi amaran untuk menjauhi kawasan pantai sehingga Rabu ini.

Namun Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Farid Saad merasa bimbang kawasannya yang dilanda Tsunami kira-kira 13 tahun bakal terjejas akibat fenomena air pasang besar.

“Saya bersyukur ia tidak berlaku pagi tadi yang air pasangnya setinggi tiga meter. Saya bimbang akan berlaku banjir kilat.

“Kami masih berjaga-jaga sehingga amaran air pasang besar selesai,” katanya.

Hanya Kampung Manis di Seberang Perai yang dinaiki air, namun penduduknya tidak perlu berpindah.

Kawasan lain seperti Permatang Damar Laut, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan diletak dalam keadaan berjaga-jaga. – BERNAMA

Tags: air pasang besarPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd