• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: ‘Perlu Ke Sampai Guna Cara Begini?’

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sahaja melampau dan tak berperikemanusiaan, malah dilabel sebagai ‘terlalu bodoh’ oleh netizen gara-gara menggunakan ular dalam sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah sekolah baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi dua minit 50 saat, ia menunjukkan sekumpulan murid perempuan yang mengikuti sebuah kem pembentukan jati diri menjerit ketakutan akibat dipaksa masuk ke dalam kolam yang diisi dengan seekor ular.

Kejadian dikatakan berlaku di Kuala Kangsar, Perak dan difahamkan dikelola oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai latihan kononnya untuk mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.

Kelihatan sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta ada yang langsung enggan melakukan aktiviti tersebut.

Ada yang berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri namun salah seorang daripadanya dimarahi kerana menjerit dan turut diberikan amaran agar tidak berbuat demikian kerana jeritan seperti itu akan membuatkan ular takut.

Netizen rata-ratanya mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan terdapat pelbagai lagi cara yang lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka.

Malah, latihan pembentukan jati diri seperti itu sedikitpun tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.

“Gila apa? Nak bina keyakinan dengan menakut nakutkan budak? Dimomokkan dengan ular, nak suruh budak-budak ni yakin sebagai apa? Pekebun? Penjaga zoo? Tarzan?” tulis Noonsod Rawaulam.

“Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu. Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” kata Zaidin D. Faizul.

“Ini budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar, ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka,” kata Shazwan Ali.

Mynewshub ingin mencadangkan agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dalam video di atas agar membuat laporan polis segera dan pihak berkuasa juga harus melihat andai wujud sebarang elemen ganguan seksual dalam kejadian itu.

Tidakan memancut air ke badan budak-budak berkenaan umpanya tidak dapat ditafsir apakah tujuan agaknya? – MYNEWSHUB.CC

Tags: Netizenpelajar sekolahular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd