Rentetan gambar di bawah merupakan gambar beberapa buah rumah yang terdapat di sebuah resort yang unik di Hulu Terengganu yang menjadi rumah tradisional Terengganu sebagai rumah untuk para tetamunya menginap.
Itulah keistimewaan Warisan Pahlawan Resort yang mengekalkan binaan rumah tradisi berusia lebih 150 tahun sebagai antara pilihan penginapan pengunjung di sana.
Dengan menawarkan harga serendah RM80 untuk bilik sehingga RM400 untuk harga sebuah rumah tradisi, ia menjadi pilihan tetami yang ingin merasai pengalaman tinggal di dalam rumah tradisional.
Menurut pemiliknya Tuan Mohd Anuar Tuan Ahmad, ada di antara bilik dan rumah yang disediakan tidak dilengkapi dengan penghawa dingin kerana mementingkan keaslian binaan rumah tradisi berkenaan.
“Jika rumah lama ini, binaan asalnya tiada siling jadi sayan hanya letakkan kipas tanpa penghawa dingin, jika memasang siling untuk diletak penghawa dingin, ia sudah tidak asli,” katanya.
Menurut beliau sebuah rumah di resort tersebut pernah menjadi persinggahan tokoh pemimpin orang Melayu iaitu Mat Kilau.
Selain penginapan, hidangan sarapan pagi semalam juga berbeza apabila resort berkenaan selalunya menghidangkan makanan tradisional kepada pengunjung antaranya ubi rebus, lempeng, daging salai dan juga ikan salai.
Tuan Mohd Anuar berkata pengunjung yang mempunyai jadual untuk melancong di Tasik Kenyir biasanya menggunakan pulau itu untuk lokasi menginap sebelum meneruskan perjalanan ke tasik empangan hidroelektrik itu.
Warisan Pahlawan Resort merupakan lokasi terakhir para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu anjuran Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel menginap malam tadi.
Program berkenaan bermula pada Selasa lepas dan berakhir semalam.

Ia dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria di Tabung Haji TH Hotels di Kuala Terengganu, pada hari pertama program.
Antara agensi media yang menyertai program berkenaan ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Bernama TV, dan My Tourism TV (MyTTV), Majalah Umpan, TV Al-Hijrah dan New Straits Times Press (NSTP). – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K





