• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pantau Serangan Kubu Kuat Daesh Di Iraq

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, bermula hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia berikutan adanya kemungkinan anggota kumpulan militan itu pulang ke negara asal atau mencari perlindungan di negara tertentu susulan tindakan tersebut.

“Kita telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat perkembangan di sana…kita bimbang kalau sekiranya (tindakan) ofensif itu berjaya, bermakna ramai yang terlibat (Daesh) di Syria dan Iraq mungkin membuat perancangan balik ke negara asal atau lari ke kawasan tertentu.

“Jumlah mereka bukan kecil. Mereka mungkin melarikan diri dan kita mesti mengambil tindakan yang proaktif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Media melaporkan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat bermula hari ini bagi menawan semula pusat pemerintahan Daesh di Mosul.

Hishammuddin berkata Malaysia juga mahu memperkukuh perkongsian maklumat mengenai ancaman Daesh dengan Amerika Syarikat, Perancis dan Turki.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat di Hawaii, baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: DaeshHishammuddinserangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd