• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pengangkutan Awam Penuhi Keperluan Rakyat – PM

oleh
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif di bandar atau luar bandar.

Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan ia kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju.

Beliau berkata transformasi sistem pengangkutan awam darat negara mencatat kemajuan yang boleh dibanggakan selaras dengan pencapaian signifikan yang diraih menerusi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP).

“Sesungguhnya penambahbaikan pengangkutan awam darat di Malaysia tercatat antara agenda transformasi yang paling bererti kepada barisan pentadbiran yang saya terajui kerana agenda ini berjaya membawakan perjalanan harian yang lebih baik untuk sekalian rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian melalui catatan dalam laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dilancarkannya sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, penambahbaikan pengangkutan awam darat yang kini sudah mula menampilkan impaknya di seluruh negara, mungkin tidak dapat tercapai sekiranya tiada keberanian untuk berdepan dengan beberapa persoalan introspektif sebelum memulakan NTP.

Najib berkata antara persoalannya ialah di mana kedudukan Malaysia berbanding negara maju dan apa hala tuju ekonomi global.

“Dalam hal ini, kita amat peka akan imperatif sosial iaitu kepentingan masyarakat yang sentiasa berubah,” katanya dan menambah jelas sekali negara memerlukan ejen perubahan yang mampu menampilkan Malaysia setaraf dengan barisan negara termaju di dunia.

Najib berpendapat pengangkutan awam yang mantap menjadi perkara asas untuk menyokong pertumbuhan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup, produktiviti, pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk kesejahteraan rakyat.

Selain pembangunan rancak dalam sektor rel negara yang menjadi tunjang pengangkutan awam darat negara, kerajaan turut menyokong agenda transformasi perkhidmatan bas sekaligus memastikan kemampanan golongan pengendali bas.

“Hal ini demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bas ke setiap kawasan terpencil, hatta ceruk kampung sekalipun tidak akan tersisih daripada memperoleh perkhidmatan bas yang selamat dan cekap,” kata perdana menteri.

Katanya, Program Transformasi Industri Teksi juga sedang dirombak untuk mengangkat taraf perkhidmatan teksi Malaysia agar setanding dengan bandar utama di dunia.

Mengimbau sejarah, Najib berkata landasan rel negara yang pertama dibuka pada 1885 dan sejak itu sistem pengangkutan awam darat Malaysia telah mencatat kemajuan signifikan.

Beliau berkata bilangan penumpang yang kini mencecah berjuta-juta orang bakal dilonjakkan lagi menerusi pembinaan rel laju Kuala Lumpur–Singapura (HSR) yang apabila siap, mampu menghubungkan kedua-dua destinasi itu dalam tempoh kurang 90 minit.

“Perkembangan ini membuktikan betapa kita sedang menyaksikan satu era kesalinghubungan dan mobiliti yang baharu bagi negara,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Pengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd