• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Disyaki Ah Long Serang Rumah Ditahan

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua lelaki dipercayai ‘ah long’ yang dirakam merosakkan sebuah rumah di Kota Damansara bersama dua rakan mereka pada Rabu lepas ditahan di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan semalam berumur 32 tahun.

Seorang daripada suspek ditahan di sebuah rumah di Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 1.15 pagi yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di sebuah rumah di Taman Gembira, Sri Petaling, pada pukul 9.40 malam tadi, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rabu lepas, empat lelaki ketika cuba melarikan diri dari kawasan perumahan berkenaan setelah dipercayai membaling botol kaca berisi cat merah ke sebuah rumah pada pukul 2.50 petang, berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV itu menjadi viral selepas persatuan penduduk Kota Damansara memuat naik video tersebut di laman Facebook.

Mohd Zani berkata, siasatan awal mendapati bekas suami kepada wanita berusia 66 tahun yang menghuni rumah berkenaan pernah berhutang dengan lebih 15 orang termasuk Ah Long yang mencecah kira-kira RM200,000.

“Bekas suaminya yang berusia dalam lingkungan 70-an pernah menetap di Hong Kong selepas bercerai dengan wanita itu pada tahun 1987, namun didapati telah pulang dan menetap di negara ini,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, kemungkinan lelaki berkenaan yang tidak bekerja menggunakan alamat rumah bekas isterinya untuk membuat sebarang pinjaman.

Wanita itu berada di rumah sewaktu kumpulan berkenaan menyerang rumahnya, namun beliau takut dan tidak tonjolkan diri, katanya.

Menurut Mohd Zani, polis masih mencari beberapa orang yang terlibat dengan kejadian itu serta memberitahu kemungkinan kumpulan yang menyerang rumah mangsa itu adalah kumpulan yang sama menyerang sebuah kedai kopi di Serdang baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Ah Long
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd