• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terminal Bersepadu Gombak, Sg. Buloh Siap 2020

oleh
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.

Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, inisiatif tersebut bertujuan menampung kapasiti terminal sedia ada yang semakin sesak berikutan permintaan yang tinggi, sejajar dengan hasil peluasan rangkaian pengakutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur.

Pembinaan TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Menurut PTPAD, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan turut menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi di sekitar bandar.

SPAD juga bakal melancarkan Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seakan-akan MyRapid.

Menurut laporan PTPAD, ICPS yang kan menyeragamkan sistem tambang yang lebih lancar dan murah daripada operator berbeza turut dilaksanakan terhadap pengguna Park & Ride yang melaluinya, pembayaran transit dapat dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM dan debit baharu.

Laporan PTPAD dikeluarkan sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. – BERNAMA

Tags: SPADTerminal Bersepadu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd