• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Air Pasang Besar: JBPM Tidak Beku Cuti Anggota

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) belum bercadang membekukan cuti anggotanya sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang besar di beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata ini kerana pihaknya boleh menggerakkan anggota antara negeri selain jumlah anggota yang mencukupi setakat ini.

“Kami belum sampai tahap untuk membekukan cuti kerana mempunyai hampir 30,000 anggota termasuk Bomba Sukarela dan Bomba Bantuan di seluruh negara serta pengangkutan yang mencukupi untuk melakukan kerja menyelamat di kawasan dilanda fenomena berkenaan iaitu di Selangor, Perak dan Kedah,” katanya.

Bercakap kepada pemberita pada program ‘Fire Fighter Charity Trail Run 2016’ di Kepong dekat sini hari ini, Amir berkata JBPM juga sedia mengerahkan aset jentera seperti lori, bot dan peralatan kelengkapan sedia ada ke lokasi-lokasi terjejas bagi membantu operasi jika diperlukan.

Pada program itu, seramai 1,200 orang yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan Fire Fighter Industry Sdn. Bhd. menyertai larian amal anjuran Fire Fighter Industry Sdn. Bhd. dengan kerjasama JBPM.

Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman@Hussaini dan Pengarah Fire Fighter Industry Sdn. Bhd., Jeffrey Soo.

Pada majlis berkenaan, Fire Fighter Industry Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada Koperasi Kebajikan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta RM5,000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat. – BERNAMA

Tags: air pasang besarBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd