• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersama Perangi Pemangsa Seksual Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penggubal undang-undang dan kumpulan selebriti tampil memberi sokongan padu kepada kempen #MPsAgainstPredators – inisiatif terkini R.AGE untuk memerangi trend membimbangkan iaitu asuhan (grooming) seksual kanak-kanak di Malaysia.

Menerusi laman sesawang kempen berkenaan predator.my yang dilancarkan pada Jumaat lalu, ia membolehkan rakyat Malaysia menghantar mesej kepada Ahli Parlimen masing-masing.

Orang ramai boleh memberi gesaan supaya satu undang-undang baharu digubal bagi menangani jenayah seksual kanak-kanak apabila Dewan Rakyat bermesyuarat mulai esok.

Laman sesawang ini juga mengandungi peta interaktif semua kawasan Ahli Parlimen.

Ia akan bertukar daripada warna kelabu kepada hijau apabila Ahli Parlimen bagi kawasan berkenaan memberi sokongan terbuka kepada inisiatif ini melalui posting di media sosial yang mengandungi hashtag #MPsAgainstPredators.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah antara yang pertama menyokong kempen undang-undang anti asuhan (grooming) seksual kanak-kanak.

Gambar Khairy sambil memegang plakad ‘Malaysian Needs Anti-Grooming Laws’ yang dimuat naik di Twitter telah di retweets lebih 1,000 kali dalam masa kurang daripada satu hari.

Posting berkenaan turut dilakukan Ahli Parlimen Batang Sadong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P. Kamalanathan.

Antara Ahli Parlimen lain yang telah menyatakan sokongan mereka termasuk Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Kasthuri Patto (Batu Kawan) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

“Saya teruja untuk melihat pasukan muda di R.AGE menyatakan pendirian terhadap penderaan seksual kanak-kanak.

“Kerajaan telah bertindak dengan menubuhkan pasukan petugas khas menangani jenayah seksual yang dengan segera menggubal dasar dan undang-undang baharu untuk melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual.

“Saya harap semua Ahli Parlimen akan menyokong (usul) ketika ia dibentangkan di Parlimen,” kata Dr. Wee. – The Star Online/mStar Online

Tags: gangguan seksualkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd