• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Maut Nahas Motosikal Di Lebuhraya Karak

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Tiga penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 78.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Plaza Tol Karak, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi, mangsa penunggang motosikal Honda EX5, R Vijayan, 20, berasal dari Kampung Baru Karak, di sini; penunggang Yamaha 125Z, Muhammad Faiz Ahmad Fuzi, 19, dari Perumahan Ladang Krau, di sini; dan K Arvin, 25, juga penunggang Yamaha 125Z berasal dari Taman Desa Damai, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S Somu berkata, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang parah pembonceng motosikal bersama Arvin iaitu S Ganesh, 21, juga berasal dari Taman Desa Damai patah kedua-dua kaki dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian Vijayan yang menunggang motosikal menghala ke Kuantan dari Bentong terjatuh secara tiba-tiba.

Menurutnya, pada masa sama, Arvin dan Ganesh yang kebetulan berada di seberang jalan bergegas untuk melihat keadaan Vijayan namun mereka dilanggar pula motosikal ditunggang Muhammad Faiz.

“Polis masih meneruskan siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: kemalangan mautmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd