• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BBC Malu Besar Tersilap Siar Gambar Menteri Dengan Gorila

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berdepan aib besar apabila tersilap menayangkan gambar gorila ketika sepatutnya ia menyiarkan imej Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon.

Ia berlaku semasa penyampai program BBC Breakfast, Naga Munchetty dan Charlie Stayt sedang membincangkan kenyataan pemimpin Parti Nasionalis Scotland (SNP) itu mengenai pungutan suara bebas kedua.

Ketika memperkenalkan Sturgeon, gambar yang disiarkan adalah gorila setinggi 2.1 meter bernama Kumbuka, yang kebetulan dilaporkan hilang dari Zoo London pada 13 Oktober lalu.

Sturgeon bertemu dengan anggota partinya sempena persidangan rasmi SNP pada 13 Oktober dan berbincang pelbagai subjek, menggariskan mandat parti itu tahun akan datang.

BBC memutuskan untuk menyiarkan klip persidangan dan salah seorang hos berkata: “Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon, akan menyertai kami dan berbincang mengenai rancangan mengadakan pungutan suara bebas kedua.”

Ketika itu, gambar Kumbuka, yang sedang duduk sambil memakan rumput muncul di skrin.

Apabila kedua-duanya mengalih pandangan kepada skrin, Stayt, segera memohon maaf atas kesilapan itu. Namun, sebahagian pengguna Twitter tidak pasti sama ada ia satu kesilapan atau mereka melakukannya dengan sengaja.

Sebahagian penonton mengecam BBC dan bertanya kepada pemimpin SNP itu sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Sementara yang lagi sekadar menganggap ia adalah perkara paling melucukan pernah mereka tonton di televisyen. – BHarian Online

Tags: gorila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mike Tyson Mahu Bayar RM40,865 Lawan Gorila

19/02/2019
0

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Mengimbas kembali satu peristiwa lama, dia pernah...

Shabani Gorila Kacak

26/11/2018
0

NAYOGA - Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan 9*/pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd