• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seekor Lagi Bayi Orang Utan Ditemui Di Semenggoh

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Selepas kehadiran seekor anak Orang Utan dipercayai dilahirkan semasa sambutan Hari Malaysia, 16 Sept lepas, di Pusat Hidupan Liar Semenggoh (SWC), seekor lagi anak spesies haiwan terancam itu dikesan di pusat berkenaan.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini mengumumkan seekor Orang Utan berusia 12 tahun bernama Selina muncul bersama-sama dengan anak sulungnya di platform memberi makanan yang disediakan di pusat itu pada waktu tengah hari, 9 Okt lepas.

Menurutnya, Selina, yang hamil, kali terakhir dilihat pada 2 Okt sebelum kembali semula ke platform itu seminggu kemudian dengan anak jantannya berpaut pada ibunya.

“Pengurusan SWC percaya kemungkinan besar ahli keluarga baharu itu dilahirkan pada 6 Okt. Ibu dan anak kelihatan sihat dan ibunya mempunyai selera makan yang baik,” kata SFC dalam kenyataan di sini.

Hasil kehadiran dua ‘anggota keluarga’ terbaru itu, Semenggoh kini mempunyai 28 ekor Orang Utan di kawasan hutan simpan semulajadi Semmengoh (SNR) yang terletak dalam SWC.

Daripada jumlah itu, 17 ekor dilahirkan di Semenggoh.

“Malah enam ekor Orang Utan di SWC telah melahirkan beberapa anak dalam tempoh setiap lima tahun di mana Orang Utan betina dalam habital asal dikenal pasti melahirkan zuriat dalam tempoh setiap lapan tahun,” menurut SFC.

SFC berkata pertambahan populasi Orang Utan di SWC menunjukkan keberkesan program pemulihan haiwan itu di pusat itu, memandangkan Semenggoh bukan merupakan habitat semulajadi bagi Orang Utan serta manifestasi kejayaan rancangan pemuliharaan haiwan itu di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Orang Utan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

08/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Orang utan didapati berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran mampan di ladang kelapa sawit, termasuk menjadikan pokok kelapa sawit...

Orang Utan Guna Cadar, Selimut Sebagai Pakaian

04/12/2018
0

DUDLEY, Britain – Sekumpulan orang utan dan cimpanzi di Zoo Dudley dilaporkan sudah pandai menggunakan kain cadar, selimut dan tuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd