• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Polis Dihadap Ke Mahkamah Main Judi Di Tempat Awam

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tiga anggota polis dan dua lelaki lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bermain judi di tempat terbuka.

Koperal Jefri Husin, 52, Lans koperal Nasron Halik, 33, dan Konstabel Muhammad Faizi Musa, 29, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dituduh bermain judi daun terup bersama-sama penjaga tempat letak kereta Yahaya Yaakob, 47, dan warga Bangladesh Yousouf.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan letak kereta di Sungei Way, di sini pada 2.20 petang pada Rabu lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah mencadangkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh kecuali Yousouf.

Yousouf turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Nov depan bagi sebutan semula kes bagi Yahaya dan Yousouf, serta 18 Nov bagi kesemua anggota polis tersebut. – BERNAMA

Tags: anggota polisJUDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd