• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Eksekutif Akaun Syarikat Bebas Kes Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas eksekutif kewangan sebuah syarikat pengurusan bangunan daripada pertuduhan pecah amanah cek membabitkan jumlah RM17,870, enam tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu terhadap P. Uma Devi, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan segala keterangan saksi pembelaan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati bahawa syarikat ini adalah syarikat keluarga. Pengarah, pemegang saham syarikat, eksekutif dan kakitangan mempunyai hubungan saudara.

“Tertuduh menjelaskan semasa membela diri bahawa cek syarikat yang beliau keluarkan dipersetujui dan diluluskan oleh pengarah syarikat untuk tertuduh membuat perbelanjaan kerana tertuduh telah diceraikan oleh suaminya, dengan ini tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” kata hakim itu.

Hakim Zulqarnain berkata mahkamah mendapati penjelasan tertuduh adalah berbarangkali dan mahkamah mengambil jalan selamat untuk tidak mensabitkan tertuduh.

Lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh, dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Uma Devi didakwa sebagai seorang akaun eksekutif di Fairview Properties Sdn Bhd yang diamanahkan dengan harta iaitu 16 keping cek Bank OCBC berjumlah RM17,870, telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di alamat 126, Jalan Berhala, Brickfields, di sini pada 2 Mac hingga 25 Dis 2010 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin manakala tertuduh diwakili peguam V. Rajadevan. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd