• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Yang Di-Pertuan Agong

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menolak tawaran menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberitahu, Sultan Johor mahu memberi laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Ini adalah kerana Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Allah Peliharakan Sultan,” kata laman Facebook berkenaan.

Laman Faceboook JDT, Johor Southern Tigers diketahui umum sering dijadkan platform oleh Sultan Johor menzahirkan titah-titah baginda kepada masyarakat sebelum ini.

Pasukan JDT dimiliki oleh anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Menurut laman Facebook berkenaan, Raja-Raja Melayu mahukan Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong tetapi Sultan Johor telah menolaknya.

Johor Southern Tigers turut memuat naik kenyataan ini:

“Memang satu sistem penggiliran untuk dilantik menjadi YDP Agong tetapi apabila terjadi sesuatu isu ia akan dilaksanakan mengikut undian dan apabila mengikut sistem undian sepertimana yang telah disembahkan kepada DYMM Sultan Johor atas persetujuan Raja-Raja Melayu, jika baginda inginkan perlantikan YDP Agong, ia akan menjadi undian tanpa bertanding.

“Tetapi disebabkan DYMM Sultan Johor menolak perlantikan tersebut untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada negeri Johor, baginda telah memberi laluan kepada DYMM Sultan Kelantan untuk menjadi YDP Agong dan kesemua Raja-Raja Melayu telah bersetuju dengan perlantikan tersebut. Dan disebabkan itu juga DYMM Sultan Johor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 tempohari.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sultan JohorYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap MB Johor Onn Hafiz

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd