• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Mokhzani Letak Jawatan Pengerusi SIC

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah SIC berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau, yang berkhidmat selama 13 tahun, berkata ia merupakan penghormatan dan istimewa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan SIC menyaksikan litar itu daripada menghoskan perlumbaan amatur kepada perlumbaan profesional bertaraf dunia.

“Saya bangga dapat menyaksikan pelumba Malaysia bangkit untuk memberi saingan kepada bakat antarabangsa serta membawa perubahan kepada rakyat Malaysia dan budaya permotoran serantau, sekali gus mewujudkan budaya baharu dalam profesionalisme dan keselamatan dalam sukan permotoran.

“SIC bukan sahaja telah menjadi lokasi latihan yang melahirkan ramai bakat dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta tetapi juga kepada kumpulan sokongan dalam sukan permotoran,” katanya.

Sementara itu, Ketua pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali mengakui bimbingan dan nasihat Mokhzani adalah antara pengalaman dan kenangan paling berharga sepanjang beliau memegang jawatan CEO.

Beliau berkata Mokhzani telah memberi SIC visi yang membentuk budaya kerja dalam membangun dan mengembangkan organisasi itu seperti apa yang dikecapi sekarang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva terus mencipta nama dalam arena bola sepak apabila...

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

31/10/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A sejak semalam, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd