• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Kilang Ais Dikenakan Tindakan Pelbagai Kesalahan

oleh AK-47
13/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah melakukan 225 pemeriksaan terhadap kilang ais bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, dan sebanyak 25 kilang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bagi tahun 2015, sebanyak 304 pemeriksaan terhadap kilang ais telah dijalankan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 17 kilang ais telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kilang ais yang beroperasi di negara ini bagi memastikan pengilang ais mematuhi peraturan ditetapkan.

“Antara perkara penting yang diperiksa dan perlu dipatuhi oleh pengusaha kilang ais adalah memastikan tiada haiwan di premis, peralatan yang bersih, sumber air yang bersih, amalan pengendalian ais yang bersih dan pengendali makanan mendapatkan suntikan anti-tifoid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa ais yang dijual di pasaran adalah kotor dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dr. Noor Hisham berkata kesemua kilang ais di negara ini perlu dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan seperti termaktub di bawah Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sekiranya kilang ais tersebut beroperasi tanpa lesen daripada kementerian, pemilik tersebut boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Katanya sehingga kini, terdapat 118 kilang ais berlesen dengan Kementerian Kesihatan di seluruh negara manakala 21 kilang ais lagi masih dalam proses kelulusan lesen.

Beliau turut meminta pihak media dan pihak lain yang mempunyai maklumat mengenai kilang ais yang beroperasi dalam keadaan kotor supaya membuat laporan berserta maklumat lebih terperinci termasuk lokasi dan nama kilang berkenaan kepada kementerian itu.

“Mereka boleh melaporkan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.

“Ini dapat membantu siasatan dijalankan serta memastikan kilang tersebut mengikut piawaian yang ditetapkan dan dapat menjamin keselamatan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kesihatanpremis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd