• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umur Persaraan 60 Tahun Kekal – KSN

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun ketika ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa hari ini.

Beliau menegaskan bahawa umur persaraan semasa yang diperkenalkan pada tahun 2012 lalu sudah memadai di Malaysia dan akan kekal untuk tempoh yang lama.

“Bagi penjawat awam, 60 tahun sudah cukup lama,” katanya pada sesi soal jawab pada CEO@Faculty Programme di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sama ada kerajaan bercadang melanjutkan umur persaraan penjawat awam. Menurut Ali, kira-kira 20,000 hingga 25,000 penjawat awam akan bersara setiap tahun.

“Sekiranya umur persaraan dilanjutkan daripada 60 hingga 62 tahun, ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh dua tahun.

“Jadi, kekosongan jawatan akibat persaraan penjawat awam tidak berlaku untuk dua tahun.

“Namun, ini bukan tujuan utama kita tidak mahu melanjutkan umur persaraan kepada 62 atau 65 tahun. Saya rasa 60 tahun itu sudah memadai,” katanya.

Umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001, 56 tahun kepada 58 tahun (tahun 2008) dan 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan umur persaraan penjawat awam memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Umur persaraan kakitangan awam di negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah 65 tahun. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPenjawat AwamPesara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd