• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Komited Banteras Aktiviti Penyeludupan Di Esszone

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) komited untuk menjayakan misi kerajaan membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Sehubungan itu, Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi berkata ESSCom akan mewujudkan satu Jawatankuasa Antipenyeludupan bagi membincang dan menyelaras strategi terbaik untuk menangani masalah itu.

“Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat pertamanya dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemu ramah Radio (RTM) Tawau di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk bahan api di ESSZone yang semakin berleluasa pada masa kini.

“Kegiatan ini dipercayai sudah berlaku sejak sekian lama dan sudah tiba masanya semua pihak menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah itu,” tambah Ruji.

“Apa yang merisaukan, berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima dari pihak keselamatan ESSCom, jenayah penculikan mahupun pencerobohan dikaitkan dengan kumpulan individu yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

“Individu-individu terbabit bukan sahaja mengaut untung tetapi juga menggunakan hasil penyeludupan untuk melakukan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran agar masyarakat di ESSZone tidak melibatkan diri atau bersekongkol dengan penyeludup untuk melakukan aktiviti yang merugikan negara itu.

“Oleh itu, saya minta orang ramai supaya sentiasa memberi kerjasama untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat aktiviti penyeludupan di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ruji berkata pihaknya juga komited untuk menjayakan misi kerajaan untuk menempatkan semula penduduk kampung air secara berperingkat di ESSZone.

Komitmen itu sejajar arahan Eksekutif ESSZone, arahan no 1 perkara 23, yang menyatakan secara khusus mengenai penempatan semula penduduk di perkampung air di kawasan penempatan semula yang sesuai khususnya untuk warganegara. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd