• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fara Fauzana, Maza Juri Tetap ‘Pencetus Ummah’ Musim Ke-4

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Personaliti radio, Fara Fauzana meletakkan dirinya sebagai penonton untuk menilai peserta selepas dilantik sebagai juri tetap program keagamaan, Pencetus Ummah musim keempat.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd. Fadzli, 36, berkata, dia tidak akan menyentuh tentang aspek keagamaan terlalu mendalam kerana itu bukan bidang kepakarannya tetapi akan lebih kepada aspek persembahan selain menjadi mata kepada penonton.

“Jujurnya saya sendiri dalam proses belajar tentang agama dengan lebih mendalam dan rasanya tidak sesuai untuk menilai orang lain.

“Tetapi saya sebagai juri tetap akan lebih fokus kepada persembahan dan sebagai penonton sama ada saya faham apa cuba disampaikan peserta.

“Saya meletakkan diri sebagai penonton dan sebagai seorang yang masih mendalami ilmu agama,” katanya kepada mStar Online.

Fara ditemui pada sidang media program berkenaan di sini, Rabu.

Fara bakal bergandingan dengan pendakwah terkenal yang juga Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) di kerusi juri tetap.

Fara Fauzana, Maza Juri Tetap ‘Pencetus Ummah’ Musim Ke-4
Fara Fauzana

Pencetus Ummah musim keempat bakal bersiaran bermula 27 Oktober ini, pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Dalam pada itu, Fara tidak menafikan dia berasa bimbang apabila dihubungi pihak produksi yang mahukannya duduk di kerusi juri tetap.

Bagaimanapun kata Fara, selepas diterangkan dengan terperinci tentang peranannya dia terbuka dan teruja dengan tugas baharunya itu.

“Kehadiran saya itu nanti secara santai dan Insya-Allah ia dapat menarik lebih ramai penonton dalam menyebarkan dakwah Islam,” katanya.

Sementara itu, Fara berkata, sebagai persediaan dia menonton kembali musim terdahulu program berkenaan bagi mendapat lebih pemahaman tentang cara juri-juri menyampaikan komen mereka.

“Saya memang mengikuti Pencetus Ummah jadi saya sudah tahu tentang konsep dan pengisiannya cuma perlu lebih pemahaman tentang juri terdahulu.

“Saya tonton kembali musim terdahulu tetapi bukan untuk meniru sesiapa kerana saya akan tampil dengan cara tersendiri,” ujarnya. – mStar Online

Tags: dr.mazafara fauzana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

“Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal” – Mufti Perlis

04/04/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tanpa berselindung mendedahkan beliau antara individu paling awal menyokong dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd