• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Gabung 2 Akhbar, Kurangkan Pekerja

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapore Press Holdings Ltd. (SPH) merancang untuk menggabungkan dua akhbarnya dan menghasilkan akhbar percuma baharu dalam usaha penstrukturan semula.

Difahamkan, penerbit itu akan menggabungkan akhbar The New Paper dan My Paper, menurut tiga sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut namun enggan dikenali kerana maklumat belum diumumkan.

Terbitan baharu ini bakal memberi tumpuan kepada berita bagi pembaca celik perniagaan untuk bersaing dengan akhbar kompak percuma popular iaitu Today terbitan syarikat milik pemerintah, MediaCorp Press Ltd.

SPH dalam pada itu juga dipercayai merancang mengurangkan tenaga kerja sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus, dengan kebanyakannya ialah pekerja sambilan, menurut dua daripada sumber industri berkenaan lagi.

Bagaimanapun pihak pengurusan SPH enggan memberi komen dan berkata ia tidak mengulas mengenai spekulasi. Ia ketika ini memiliki lebih 5,000 pekerja termasuk kira-kira 1,000 wartawan dan koresponden di seluruh dunia.

Syarikat media itu menerbitkan 17 judul akhbar antaranya The Straits Times, Berita Harian, Lianhe Zaobao, Tamil Murasu selain beberapa portal berita terkenal seperti Stomp serta mengendalikan tiga stesen radio tempatan.

Singapura Gabung 2 Akhbar, Kurangkan Pekerja

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Patrick Daniel dipercayai akan mengadakan perjumpaan dengan pekerja bagi membincangkan penstrukturan semula tersebut selepas pengumuman yang dijangka seawal Khamis.

Syarikat itu akan mengumumkan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, pada Jumaat ini. SPH yang ditubuhkan pada 1984 ialah penerbit akhbar terbesar di rantau Asia Tenggara dari segi nilai pasaran.

Ia turut mempunyai permodalan pasaran sebanyak S$6 bilion (RM18.2 bilion) iaitu lebih dua kali ganda daripada nilai modal syarikat akhbar terkemuka di Amerika Syarikat, The New York Times Co.

SPH yang juga mengeluarkan lebih 100 judul majalah di Singapura; mula menerbitkan The New Paper pada 1988 lalu dengan edaran 100,000 naskhah serta konsep berita mudah dibaca bagi golongan remaja atau pembaca sibuk.

Sementara itu, My Paper mula diterbitkan pada 2006 sebagai akhbar dwibahasa Cina dan Inggeris yang percuma dan pertama di negara tersebut dengan edaran lebih 300,000 naskhah. – Bloomberg/myMetro Online

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd