• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Ara Damansara: Remaja Direman Enam Hari

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS mendapat enam hari perintah reman dari mahkamah bagi menjalankan siasatan terhadap seorang remaja berumur 17 tahun selepas samun dua pelajar kolej di Ara Damansara, awal Oktober lalu.

Ketua Polis Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, remaja lelaki yang berasal dari Petaling Jaya itu ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Kinrara Puchong, kira-kira 10 pagi semalam.

Menurutnya, suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan rompakan bersenjata membabitkan dua pelajar kolej yang berjaya dirakam kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Katanya, suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau di Serdang.

Dalam kejadian 4 Oktober lalu, suspek yang memandu kereta jenis Honda Civic mengekori kereta mangsa sebelum menyerang menggunakan parang.

Suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaanya selepas dikejar polis di Desa Mentari, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan hanya kerugian wang tunai RM1,000 serta sebuah telefon bimbit.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) dan menjadi viral di media sosial baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes samunreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan

Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan

30/08/2025
0

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan perintah reman selama enam hari terhadap seorang guru lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd