• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Pengaruh Daesh Di Universiti Labuan

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Hadzeer mengingatkan anggota polis di pulau bebas cukai ini supaya mempertingkatkan pemantauan terhadap pengaruh kumpulan militan Daesh dan pengganas Sulu dalam kalangan pelajar di University Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Beliau berkata ini berikutan kajian yang mendapati antara tujuh dan 10 peratus mahasiswa menyokong Daesh manakala dua peratus lagi bersetuju untuk ‘menyumbang’ kepada apa yang didakwa sebagai perjuangan pengganas Sulu.

“Dapatan ini mencetuskan kebimbangan dan tidak seharusnya diambil mudah oleh polis,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Labuan semalam.

Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Halik berkata universiti itu menyambut baik langkah polis untuk memantau sebarang pengaruh keganasan terhadap pelajar.

Ketika ini, UMSKAL menempatkan 2,175 pelajar terdiri daripada 97 peratus pelajar Malaysia dan bakinya, pelajar dari China serta negara Afrika.

“Kami telah menjalankan tugas kami dan pada kami, tiada sebarang tanda tentang pengaruh aktiviti keganasan di kampus kami. Bagaimanapun, kita mesti terus berwaspada dan memantau rapi aktiviti pelajar,” kata Murnizam.

Sementara itu, Awang Sahari mengingatkan anggota polis supaya mengelak daripada masuk campur dalam isu politik.

Sebaliknya, beliau berkata anggota polis perlu memberi lebih perhatian kepada isu berkaitan keselamatan negara seperti Daesh dan jenayah rentas sempadan serta pelanunan, katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd