• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Geng Samun Bersenjata, Pecah Rumah Ditahan

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, pecah rumah dan curi kenderaan yang aktif di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di sini selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Machang Bubok, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat pemeriksaan di rumah itu pada 12.45 tengah malam tadi dan menahan dua lelaki berusia 24 dan 29 tahun.

“Pemeriksaan dalam rumah yang didiami lelaki berusia 29 tahun itu, polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil curi antaranya sejumlah anak kunci, pelbagai beg, peralatan elektrik, resit pajak gadai, barangan kemas, lima utas jam tangan pelbagai jenama dan tiga telefon bimbit.

“Selain itu, polis turut merampas 34 pemetik api dan 12 kotak rokok dipercayai hasil samun dari kedai serbaneka. Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai terlibat kes samun bersenjata di kedai serbaneka sejak beberapa bulan lepas,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis turut menemui sebuah beg galas mengandungi pelbagai senjata yang dipercayai digunakan dua lelaki itu dalam menjalankan aktiviti jenayah mereka antaranya parang, pisau, topeng muka, pemotong besi dan besi boleh laras.

Nik Ros Azhan berkata pihaknya juga menemui sebuah van yang dilaporkan hilang di Alma pada Selasa dan pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui pelbagai barangan dipercayai baru dicuri hasil pecah rumah antaranya dapur gas, pendingin hawa, mesin menyimpan duit, peralatan elektrik dan sebatang kuku kambing.

Katanya selain aktif menjalankan kegiatan samun bersenjata dan pecah rumah sejak awal tahun ini, dua lelaki itu turut terlibat dengan aktiviti curi kenderaan terutama motosikal.

“Dalam operasi itu polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha 135 LC yang dipercayai dicuri dan pelbagai komponen kenderaan dipercayai telah dileraikan untuk dijual,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis percaya dua lelaki itu terlibat lebih 10 kes samun bersenjata, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah SPT dan pihaknya percaya mereka juga aktif di daerah lain.

Katanya, dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Jenayahsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd