• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Buat Laporan Palsu Elak Denda Kad Pengenalan Hilang

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Hanya kerana mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan kehilangan kad pengenalan, seorang pemuda bertindak membuat satu laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun dua lelaki di Langkap dekat sini Isnin lepas.

Bagaimanapun, usaha untuk membuat kad pengenalan baharu secara percuma itu memakan diri ,

lelaki berusia 30 tahun itu ditahan berikutan polis curiga dengan fakta yang dilaporkannya dan hasil soal siasat akhirnya beliau mengakui laporan itu hanyalah rekaan semata-mata.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata individu berkenaan yang berasal dari Kampung Chuang, Hulu Selangor, Selangor sebenarnya telah kehilangan dompet miliknya termasuk kad pengenalan dipercayai tercicir.

“Terdahulu, pemuda yang bekerja sebagai buruh kontrak itu telah membuat satu laporan polis di sini mendakwa dirinya telah memberhentikan motosikalnya di suatu kawasan di Langkap setelah ditahan seorang perempuan Melayu yang motosikalnya kehabisan minyak.

“Pemuda itu mendakwa ketika hendak menolong wanita itu, dua lelaki India telah datang kepadanya dan mengacu pisau di leher dan diminta untuk menyerahkan barang peribadinya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Hassan berkata siasatan juga mendapati suspek telah empat kali kehilangan kad pengenalan dan disebabkan enggan membayar denda RM300 oleh JPN, beliau sanggup menipu.

“Kita menahan lelaki itu untuk disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi atau membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: JPNkad pengenalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

21/12/2024
0

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd