• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis & JKDM Kelantan Tubuh Pasukan Khas Bersama Jejak Tonto

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dalam menjejaki kumpulan tonto yang terbabit dalam kes kematian pegawai kastam di Banggol Chica, Pasir Mas, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata polis percaya terdapat antara tiga dan lima suspek terbabit dalam kejadian itu dan kesemua mereka dipercayai penduduk tempatan.

“Kesemua mereka ini (tiga hingga lima suspek) tidak termasuk seorang lelaki berusia 30-an yang sudah dikenal pasti dan dipercayai sedang bersembunyi di negara jiran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden pegawai wanita JKDM Kelantan yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas koma apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh kenderaan tonto sehari sebelumnya (Jumaat) di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas.

Kenderaan yang dinaiki mangsa, Anisah Ali, 54, bersama dua rakan setugas dilaporkan dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.

Ab Rahman berkata pihaknya juga akan berhubung dengan pihak berkuasa Thailand bagi menjejaki anggota kumpulan tonto berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mencadangkan agar kesemua agensi penguat kuasa di sempadan Kelantan-Thailand menubuhkan pasukan khas di kalangan mereka dalam tindakan membanteras aktiviti penyeludupan dan memerangi tonto.

Beliau berkata dengan cara sedemikian agensi penguat kuasa yang sentiasa berhadapan dengan tonto dapat menjalankan tugasan dengan lebih berkesan.

“Sebagai contoh JKDM Kelantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sepatutnya mempunyai pasukan khas yang dibantu oleh polis.

“Sekiranya operasi membanteras tonto dan penyeludup turut sama disertai polis, saya percaya ianya akan menjadi lebih berkesan dan kuat,” katanya.

Beliau yakin kombinasi agensi penguat kuasa ini akan mendatangkan rasa takut kepada penyeludup atau tonto untuk menjalankan kegiatan mereka. – BERNAMA

Tags: Tonto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadual Sudah Naik Sehari Lebih Awal

21/05/2022
0

Kuala Lumpur : Tidak hanya memfokuskan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malah anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis...

Tonto Sukarkan KPDNKK Banteras DVD Cetak Rompak

21/09/2017
0

MELAKA - Tindakan licik tonto mengintip pergerakan keluar masuk kenderaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd