• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Tanjung Bungah Bakal Hadapi Kesesakan Trafik

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lembah Permai, kawasan Tanjung Bungah, yang dulunya merupakan kawasan kepadatan rendah, kini akibat pembangunan pesat ia secara perlahan-lahan berubah wajah menjadi kawasan kepadatan tinggi sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menangani masalah lalu lintas berikutan jalan raya yang sedia ada, sempit dan tidak dapat menampung peningkatan jumlah kenderaan.

Wakil rakyat tempatan itu berpendapat, projek-projek yang sedang dibangunkan di kawasan berkenaan dirancang secara tidak teratur dan tidak mengikut Pelan Struktur Pulau Pinang kerana mengubah kepadatan penduduk di situ.

“Dengan terdapat banyaknya projek pembinaan bangunan tinggi pada masa depan, jalan raya akan menjadi sangat sesak. Saya telah mengadakan pertemuan dengan MBPP, namun sedihnya mereka hanya mengutamakan pemaju dan bukannya rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lebih 600 penduduk yang menggunakan Jalan Lembah Permai akan terjejas teruk apabila projek di kawasan itu selesai dan menurut Teh ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kawasan Tanjung Bungah adalah kawasan kelabu dalam Pelan Struktur, yang menyebabkan pemaju mengambil kesempatan ke atas kelemahan yang ada dan menukar Tanjung Bungah menjadi kawasan kepadatan penduduk yang tinggi.

“Saya telah membantah berkali-kali tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Teh juga berkata, pemaju telah menggunakan jentera berat untuk membawa barang-barang pembinaan dan pemandu lori menggunakan jalan estate Pepper sebagai jalan pintas, namun jalan berkenaan bukan dibina untuk kegunaan kenderaan berat.

“Jalan rosak; pengguna jalan raya lain berdepan bahaya risiko dengan kehadiran kenderaan berat ini,” katanya menambah beliau telah berjumpa dengan MBPP dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) pagi hari ini untuk menangani isu berkenaan.

Hasilnya, JKR telah mencadangkan agar jalan raya dilebarkan, namun dua pohon pokok perlu dialihkan, katanya.

Beliau juga meminta MBPP untuk membina lintasan pejalan kaki dan juga beberapa lampu isyarat untuk mengurangkan masalah kesesakan, ketika ini.

“Ini adalah penyelesaian jangka pendek. Saya berharap majlis boleh menganggapnya ia dilaksanakan demi untuk penduduk tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kesesakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mengiritik kenyataan seorang Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara berhubung kesesakan...

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

02/05/2023
0

Putrajaya : Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ikuti Mynewshub: Telegram Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd