• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonto Sindiket ‘Sial’ – Persatuan Pengguna Islam

oleh AK-47
10/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu tonto yang mengakibatkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) semalam ditangkap dan dihukum.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, PPIM menggesa Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh siapa yang melindungi penjenayah-penjenayah itu.

“Semua rakyat Malaysia harus membuka mata dan berfikir bagaimana sindiket ‘sial’ boleh bermaharajalela dan menakutkan penguatkuasa kerajaan.

“Mereka seolah-olah paling berkuasa di Malaysia bebas berbuat apa saja dengan mengatasi segala undang-undang. Sampai bila lagi kita harus membiarkan kedaulatan negara dicemar dan dihina,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nadzim mempersoalkan jika ada pihak yang melindungi kumpulan tonto dengan menyampaikan berita kepada mereka supaya menutup perniaga atau beredar sebelum diserbu.

Katanya, sindiket berkenaan memantau pihak berkuasa tempatan, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Premis judi, maksiat, pengedar barangan haram, barangan seludup, barangan tiruan dan lain-lain pelaku kesalahan mendapat amaran untuk lari atau menutup premis mereka.

“Pihak penguatkuasa menjadi takut kerana diancam dan diikut ke rumah. Adakala nyawa mereka juga sentiasa merasa diancam sebagaimana terjadi kepada rakan-rakan mereka yang telah dicedera atau menerima ajal,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KastamPPIMTonto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd