• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pen. Pegawai Keselamatan JPM Dituduh Rasuah

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pegawai Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching atas 16 pertuduhan menerima rasuah lebih RM200,000 dua tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, tertuduh, Mohd. Don Adi Morshidi, 34, dituduh melakukan perbuatan itu sewaktu dia bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mohd. Don sebelum ini bertugas di HUS didakwa menerima wang tunai berjumlah RM201,351 daripada Kassim Rosli menerusi 16 keping cek atas nama Doliyana Dina Anak Deris dan Velerie Anak Michael.

“Kassim Rosli dipercayai mempunyai tugas rasmi dengan tertuduh iaitu membekalkan pengawal keselamatan di HUS,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Public Bank Stutong, 71, 72 & 73, Stutong Parade, Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak dan Alliance Bank Jalan Abell, 178, Jalan Chan Chin Ann.

Kata kenyataan itu, kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 30 Januari dan 16 Disember 2014.

Jelas kenyataan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Hakim membenarkan Mohd Don dijamin RM6,000 dengan dua orang penjamin bersama bon RM10,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 11 November 2016,” kata SPRM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JPMrasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd