• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang OKU Sertai Sektor Awam – Azizah

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri memberi kerjasama padu bagi mencapai dasar satu peratus pekerja dari kalangan golongan kurang upaya (OKU) dalam sektor awam menjelang tahun 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata pada dasarnya jumlah tenaga kerja golongan OKU dalam sektor awam di seluruh negara masih kecil iaitu hanya kira-kira 0.23 peratus.

“Jadi kerajaan negeri dan semua agensi yang terlibat termasuk pihak PBT perlu beri kerjasama bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai dalam masa lima tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jelajah Roadshow Pelan Tindakan OKU 2016 peringkat Pantai Timur di Taman Sinar Harapan, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Roslee Daud dan pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmod.

Azizah berkata menerusi Pelan Tindakan OKU itu juga pihaknya akan mengadakan kunjungan hormat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di setiap negeri bagi menyampaikan hasrat tersebut.

“Baru-baru ini saya telah berjumpa Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Idris Haron) dan telah serahkan kepada beliau nama-nama golongan OKU yang bersedia untuk berkhidmat dalam sektor awam di negeri itu.

“Mereka bukan setakat mempunyai ijazah, diploma dan sijil dari institusi pengajian tinggi, tetapi juga mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor awam,” katanya.

PBT juga digesa memberikan keutamaan kepada kemudahan golongan berkenaan termasuklah di tempat kerja, pejalan kaki dan juga pengangkutan awam dalam proses menuju negara yang mempunyai prasarana yang mesra OKU.

“Untuk tujuan itu kita sentiasa mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi menjayakannya,” katanya.

Azizah pada masa sama menggesa semua pihak terutama ibu bapa dan anggota keluarga mendaftar anak-anak atau anggota keluarga mereka dari kalangan OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, ini kerana jumlah yang mendaftar adalah seramai 398,421 orang atau 15 peratus daripada jumlah sebenar iaitu 4.5 juta orang berbanding jumlah populasi 30 juta rakyat Malaysia.

Katanya, antara faktor golongan OKU ini tidak mendaftar dengan JKM adalah disebabkan mereka merasakan tiada keperluan kewangan dan stigma ibu bapa yang masih lagi mempunyai persepsi negatif terhadap anak-anak yang termasuk dalam golongan OKU.

“Walhal, pendaftaran itu penting supaya kita dapat mengenal pasti apakah keperluan-keperluan yang mereka perlukan seperti program intervensi awal dan program-program lain yang dapat mencungkil bakat-bakat mereka di mana kita akan bantu mereka sehingga berjaya dalam bidang masing-masing.

“Tapi kita tidak akan berputus asa. Malah kita harap dengan kejayaan yang dicapai oleh atlet-atlet OKU dalam sukan paralimpik di Rio baru-baru ini dapat membuka mata ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka dengan JKM pada kadar segera,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan pembukaan sekolah sukan khas untuk golongan OKU oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Azizah berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu dan berharap KBS dapat menyediakan kurikulum yang seimbang antara akademik dan sukan untuk golongan tersebut.

“Sudah semestinya kita akan beri kerjasama sepenuhnya dalam pembinaan sekolah sukan tersebut dan ini bagi membuktikan sebenarnya setiap daripada mereka (OKU) berpeluang mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negara jika diberi peluang dan ruang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizah Mohd DunOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd