• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAREX, Persediaan Menyelamat & Kawal Perairan

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) 2016 akan menjadi medan persediaan menghadapi sebarang insiden di lautan dan juga pencerobohan khususnya dari kapal nelayan asing, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata musim tengkujuh pada bulan Oktober dan November sering memberi risiko kepada nelayan malahan kapal-kapal nelayan asing akan menceroboh perairan negara ketika itu.

Beliau berkata latihan tersebut akan meningkatkan kerjasama antara agensi terlibat, menguji dan menyelaras kaedah komunikasi dalam situasi sebenarnya.

“Semasa SAREX, kita akan mengenal pasti talian komunikasi dan macam mana kita bertindak membawa dan menyelamatkan mangsa.

“Harap latihan ini akan beri kita kecekapan dalam usaha kita memberi perkhidmatan kepada masyarakat maritim,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan SAREX 2016 di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini hari ini.

SAREX 2016 yang bermula hari ini sehingga Rabu ini akan melibatkan 14 agensi di kawasan Tanjung Po menghala ke Pulau Lakie di perairan Sarawak.

Mengulas lanjut, Ismaili berkata APMM menetapkan 30 minit sebagai tempoh tindak balas bagi setiap laporan yang diterima.

“APMM perlu mengerakkan aset dalam tempoh 30 minit sebaik menerima laporan. Dan perlu sampai ke lokasi dalam tempoh dua jam. Kalau kita berada jauh (dari lokasi) APMM akan beri notifikasi kepada kapal yang dekat dengan lokasi tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMpenceroboh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd