• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Isyarat Lucah, Siti Kasim ‘Serah Diri’ Malam Ini

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG peguam dan aktivis, Siti Kasim yang ‘berani’ menunjukkan isyarat lucah ketika menghadiri program wacana dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, malam ini.

Perkara itu dikongsikan Siti Kasim di laman Facebooknya hari ini dengan menjelaskan pertemuannya dengan seorang pegawai polis kira-kira jam 8 malam.

Tunjuk Isyarat Lucah, Siti Kasim 'Serah Diri' Malam Ini

Pada program forum pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Shah Alam pada September lalu, Siti Kasim ‘menghadiahkan’ isyarat jari tengah kepada peserta yang menganggunya ketika bertanyakan soalan.

Ketika itu, Siti berdiri mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan ia ‘antara saya dan Tuhan’.

Baca: Peguam Tunjuk ‘Jari Tengah’ Selepas Diejek Peserta Wacana

Beliau bagaimanapun berkata tidak kesal dengan tindakan peserta yang dirujuknya sebagai ‘Islamofascists’ dan didakwa mengganggunya terlebih dahulu.

“Adakah saya menyesal melakukannya? Dalam keadaan ini saya tidak mempunyai cara lain untuk menyatakan rasa meluat saya kepada mereka yang mengganggu saya.

“Ya, saya akan lakukan apa saja untuk mereka yang berhak dapat one finger salute.

“Tegakkan perlembangaan dan jangan biarkan Islamofascists ini menentukan untuk kita,” tulisnya di Facebook.

Siti juga turut meluahkan rasa marahnya dengan memuat gambar isyarat jari tengah dengan slogan ‘Hold your head high and your middle finger higher’ (Angkat kepala anda tinggi dan jari tengah anda lebih tinggi lagi). – MYNEWSHUB.CC

Tags: aktivisPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd